Showing posts with label VOICE & HEART. Show all posts
Showing posts with label VOICE & HEART. Show all posts

10 Jul 2017

SAME OLD LOVE

Saat kau ucap madah cinta
Kau ukir kata kata
Sumpah terlalu indah
Kau janji takkan pisah

Kau kata sayang hingga ke mati
Kau sudah kunci hati
Tapi engkau pergi
Tanpa sempat kau toleh lagi

Sungguh kau yang pertama
Sungguh kau yang utama
Lalu kau kembali pada yang lama
Lalu kau pulang ke hati yang sama

Aku hanya persinggahan
Aku hanya pilihan
Sakitnya aku kau buang
Saat engkau terlalu ku sayang

8 Apr 2017

DRY

Lihat
bibir aku
kini tertutup rapat
terkatup
bagai terlekat
yang satu masa dahulu
pernah meneguk "kata2" manis
dan "janji2" bergula
yang enak rasanya dilidah
terus sampai ke hati

Dan lihat lagi
kini bibir itu kering
merekah
berdarah
kehausan "kata2" mu
yang pernah kau tuang dulu
kini setitik pun tidak kau beri

Pandang aku
aku kehausan
kekeringan
dulunya mata mu itu
redup memandang aku
tapi kenapa ianya kini
kosong
sepi?

Walau kuat mana kita cuba
kita takkan dapat kembali
berdua, bersama
ibarat cuba kau mekarkan kembali
bunga yang sudah kering
itu hanya kerja Tuhan
kalau ada, ada
kalau tiada, sudah,
jangan dicari

kering

ibarat kelopak bunga yang hilang baunnya
hilang cantiknya
begitu juga memori kita

dengar
hati aku itu keras
takkan mampu kau tanam cinta sekali lagi
walau berjuta kali kau gali

dan malangnya
kini
ia turut
kering




4 Apr 2017

WALLS

Kadang2 aku lupa
yang 'kita' itu sudah tiada

Semalam
aku bertandang
ke ruangan 'kita'
yang sudah lama
kau tinggalkan
dan yang ada cuma
empat dinding
yang tiap kali aku pandang
ia melukiskan kenangan kita

Jadi hari ini
aku datang
aku cat dinding itu
hitam
legam
biar hilang
biar gelap
biar tak ternampak
biar tak teringat

Dan kau
ku letak jauh
ke dasar
supaya
selepas ini
dan masa2 nanti
kau
tidak ku cari lagi
tidak ku gali kembali

walaupun nanti
aku mahu






26 Mar 2017

GROWING UP

membesar menjadi seorang aku
seorang kamu
bukan mudah
dan sedari kecil
sudah tertanam siap2
benih 'kesunyian'
yang mana tanpa kita sedar
turut sama2 membesar
di dalam diri
dan mungkin
ianya kini
seusia kita

makin tua
makin mengerti
ramai orang akan 'pergi'
tinggalkan kita
sama ada suka atau tak
itu kerja 'DIA'

kita selalu dengar
atau pernah dengar
dari siapa2
dari mana2
'nanti mati sorang2 jugak'

kita bukannya lemah
tanpa orang lain
kita cuma tak mampu sendiri
untuk jalani hari2

matang
adalah mereka yang menerima hakikat
bahawa tiap yang hidup
pasti akan mati

bila sampai masanya
jangan jatuh
jangan rebah
jangan lupa
Allah tetap ada
dan mati nanti
kita cuma pergi
bersama
AMAL

23 Mar 2017

OBSES

Dress pendek, kasut tumit tinggi, gincu merah menyala, rambut perang berkarat. 
Takda siapa percaya kalau depan nama dia ada “NUR” atau “SITI”.
“Eh, semalam bukan main ko melaram. Hari ni pakai jubah ngan tudung pulak?. 
Alhamdulillah sejuk mata aku tengok ko macam ni.”
“Pakwe aku la ni suruh. Dia tak suka tengok aku seksi. Tak sanggup orang lain tengok katanya”
Berubah semata-mata taknak buat pakwe kecewa? Bukan sebab mak ayah?. Bukan sebab agama?. 

***

“Weh, hari ni kitorang nak kelua, pegi kedai Fixi. Habiskan baucer. Nak ikut?”
“Taklah. Pakwe aku tak bagi keluar harini. Kalau nak keluar pun kena ada dia. Korang pegi je lah k”
Sejak bila nak keluar rumah kena ada izin pakwe?. Tak tau pulak kalau pakwe die Ketua kat Jabatan Pertahanan sampai kenakan perintah berkurung. Darurat?. 

***

“Good night papa, sweet dream!. Love You”
“Sweetnye kau dengan ayah  kau. Family bond sangat. Serious aku segan  nak cakap macam tu kat ayah aku”
“Haha, lawak la kau. Aku tepon pakwe aku lah. Dia papa, aku  mama. Bahagia kan?”
Apa lancau couple guna papa mama  

***

CINTA
Dan
OBSESI.

Friends

Kepada Sang Sahabat:

bacalah ini 
andai
ada satu masa nanti
kau rasa aku berubah
dan makin menjauh

satu hal yang kau perlu tahu:

kita semakin dewasa
semakin mengerti 'dunia',
kau, aku
sama2 sibuk mengejar cita
ada amanah yang dipegang
ada tanggungjawab yang dipikul
dan keadaan itu memaksa kita
untuk tidak selalu berhubung

takkda sebab utk aku selalu text,
whatsapp kau 'selalu'
retweet kau 'selalu'
jalan berdua 'selalu'
sebab hakikatnya
dunia ini bukan hanya wujud
kau
dan
aku

cuma aku nak kau tau
bila nanti kau rasa payahnya hidup
rasa lemahnnya untuk melangkah
jangan risau
aku ada
untuk jadi tempat kau bersandar
dan bahu ini
boleh kau pinjam
untuk kau berpaut

itu aku boleh jamin



DON'T CRY

Kalaupun dia pergi
Jangan nangis
Jangan lemah

Kita hilang orang yang kita sayang
tak terkesan
lama2 nanti elok balik
lama2 kita lupa dia

Tengok dia,
dia hilang orang yang sayangkan dia
ikhlas
walaupun dia tak layan
sebab nanti dia baru perasan
keliling dia
yang ada manusia palsu
yang sayangnya jauh sekali
dan nanti dia terduduk
terkenang
mana perginya kita
yang selalu menyebut namanya
di setiap doa.

18 Mar 2017

IF

Dan andai saja
Waktu itu
Kau tarik tangan aku
Kau rayu jangan lepas
Mungkin
Tika ini
Saat ini
Aku wujud
Dalam duniamu

16 Mar 2017

RAIN

Basah,
Titis hujan mulai turun,
Mulai mengalir
menyentuh pipi
dan juga
Hati

Tetaplah kau disini
Disamping aku
kerana aku
Masih muda, mudah takut
walaupun aku tahu
aku sedar
hujan ini
titis ini
satu masa nanti
akan berhenti,

Kebasahan
aku sendiri tidak punya upaya
untuk mencari teduhan
hanya disini
menunggu
menunggu titis hujan ini
berhenti
membawa pergi
bersama tangis




13 Mar 2017

MOVE ON

Move on,
senang sebut, payah nak buat
sebab kita punya sayang bukan cetek macam lopak air,
sayang kita dalam, sedalam laut yang tak berdasar.

Susahnya kita,
sayang orang dalam2,
kasih orang sungguh2.
bila dia pergi,
kita yang tersungkur.

Susahnya kita,
lupakan dia yang pernah makan sepinggan,
tido sebantal,
naik moto se'seat'
tapi bila dia takada
kita rasa separuh diri ni hilang.

Dan perlahan lahan waktu berjalan,
dimana kita rendahkan ego
hantar text maaf
berharap hubungan akan baik,
tapi kita lupa,
maaf boleh terima,
tapi benda takkan sama.

kita salah, kita mintak maaf.
Dia salah, kita mintak maaf.
Kelakarkan? :)

I always want to keep us forever,
but you're the one who pick up the knife and kill 'us'

Banyak kali kita cuba
tapi dia tak pandang
dia kata 'ok, tak berubah pun, biasa je'
tapi kita dapat rasa
dalam kata2 dia tu
penuh rasa kedinginan
sampai kita kesejukkan dan mengigil kesunyian.

sampailah satu masa
kita belajar untuk melepaskan
bila kita sudah tidak dianggap
sudah tidak bererti
takkada faedah untuk terus menanti
jadi kita pilih untuk
pergi

Kusudukan kata2 mu dulu,
yang kita akan kekal bersama,
walau apa pun keadaan,
walau apa pun halangan,
tapi kau lupa kata2 mu sendiri,
jadi biar kuhadam janji itu,
lumat, hancur,
sungguh,
pahit rasanya janji palsu.
tapi kutelan laju,
sehingga akhirnya tiada rasa.
sehingga disuapan terakhir itu,
titis2 air mula keluar dari tubir mata.






5 Mar 2017

PALACE OF MEMORIES

Sehari dua ini seringkali kaki ini mudah melangkah ke istana kenangan.

Melangkah ke dalam istana kenangan itu sendiri sama alasannya dengan mengapa kita mengulang kembali membaca sebuah buku yang sudah kita letakkan penandanya di muka surat terakhir sebelum ini.

Pastinya kita ingin mengetahui semula jalan ceritanya, mahu mengingat apa yang ditinggalkan dan diraih di sepanjang perjalanan cerita.

Walaupun hakikatnya, kita tahu pengakhiran jalan itu amat menyedihkan.

Words

Aku tahu, aku selalu ucap kata sedih untuk sesuatu yang bukan di tempatnya.
Untuk setiap perasaan yang mengalir dari jiwa hanya untuk memenuhi setiap ruang hatimu,
Sedih bukan salahnya aku memberi seluruh hati kepadamu.
Sedih aku kerana aku melakukan perkara yang betul dan engkau tidak dapat melihatnya.

Aku sedih melihat engkau selamanya berputus asa, dengan sesuatu yang sementara.


4 Mar 2017

Positive Vibe +

#1

Remember the one who always there to pick up the pieces of you and glue it again bila hidup kau barai dan berkecai.

#2

Dalam dunia nie, kita buat apa pun orang tetap akan persoalkan. Buat baik orang mengutuk buat jahat apatah lagi. Satu je kite kena ingat, buat benda apa pun, selalu tanya pada diri sendiri "Am I okay with my God if I do 'this' or if I do 'that'?. Selagi kita buat tu tak mendatangkan kemurkaan Tuhan, go on. Sebab keberkatannya ada. Mulut orang mana boleh tutup :)

#3

Dalam sehari kita boleh happy, kita boleh sedih.
Ada senyum, ada tangis.
Ada hari kita senang, ada hari kita rasa susahnya hidup ni

Tapi dalam situasi apa pun,
Solat jangan tinggal.

Tuhan bantu.