26 Mar 2017

GROWING UP

membesar menjadi seorang aku
seorang kamu
bukan mudah
dan sedari kecil
sudah tertanam siap2
benih 'kesunyian'
yang mana tanpa kita sedar
turut sama2 membesar
di dalam diri
dan mungkin
ianya kini
seusia kita

makin tua
makin mengerti
ramai orang akan 'pergi'
tinggalkan kita
sama ada suka atau tak
itu kerja 'DIA'

kita selalu dengar
atau pernah dengar
dari siapa2
dari mana2
'nanti mati sorang2 jugak'

kita bukannya lemah
tanpa orang lain
kita cuma tak mampu sendiri
untuk jalani hari2

matang
adalah mereka yang menerima hakikat
bahawa tiap yang hidup
pasti akan mati

bila sampai masanya
jangan jatuh
jangan rebah
jangan lupa
Allah tetap ada
dan mati nanti
kita cuma pergi
bersama
AMAL

2 comments: