Short Story

MAK

"Kringgggg", "Kringgggg" jam loceng sudah memekik disebelah katilnya.
Akil masih kejung tidak bergerak, lena sungguh tidurnya barang kali.

"Kil, bangun! Harini first day sekolah! bangun cepat!" laung mak dari dapur.

----senyap, hanya bunyi cengkerik kedengaran----

"Ehh, tak gerak lagi budak ni"

Laju derap kaki mak menuju ke bilik Akil, pantas pintu dikuak, lampu segera dihidupkan.

"Ya Allah, tak bangun lagi budak nie. Kil! Ooo Kil!. Bangun, sekolah sekolah!"

Akil hanya mengangkat kepalanya sambil mata masih terpejam rapat.

"Ye la mak, kejap"

"Kejap, kejap. Dah pukul berape dah. Lekas bangun"

Serentak langkah emaknya menuju semula ke dapur, akil kembali merebahkan kepalanya ke bantal. Mengantuk tahap memang tak boleh dibawak berbincang.

-------10 minit kemudian--------

"Senyap je budak tu, selalu kalau mandi dengar jugak die menyanyi, selagi tak rakam 12 lagu dalam bilik air tu, selagi tu tak keluar keluar"

Mak menuju semula ke bilik Akil dengan niat untuk mengecheck status anaknya itu.

"Ya Allah, tak bangun lagi! bertuah punya budak"

Mak pantas mengambil patung patrick yang berada di atas lantai hasil kuak lentang yang dilakukan oleh akil semasa tidur dan selepas itu........

Bukk! patrick tadi selamat tiba dan tepat mengenai sasaran.

"Adoi, Mak! Sakit la" segera Akil bangkit dari tidur sebab dia tahu mak bakal melancarkan serangan level 2 sekiranya dia masih diam di atas katil.

"Haaaa, tu baru teddy bear tau, belum yang lain. Bangun cepat. semalam pukul 10 lagi aku dah suruh tido". Biasalah mak, bila masa je tak pernah ada tenaga untuk bercakap. Dan aku suka begitu. Sekurangnya aku masih ada mak dan mak ambik berat pasal aku. 


Comments

Popular posts from this blog

I am STRONG

DRY

WALLS